Logo FH Nur Collections
FH Nur adalah pangkal nama Admin suami isteri.. Dan ia juga merupakan pangkal nama 2 orang putera kami.. Bulan di dalam logo adalah menggantikan perkataan nur iaitu cahaya.. Bintang pula merujuk kepada harapan dan impian kami untuk berjaya dan dapat membesarkan anak-anak sebaiknya.. Latar belakang yang gelap bermaksud dengan adanya nur (bulan) malam yang kelam akan menjadi terang dan indah.. Dan begitulah harapan kami terhadap perniagaan yang kami usahakan..
Logo QueMuslimah
Huruf Q berwarna kuning melambangkan diri wanita islam.. Que merujuk kepada diri muslimah.. Garisan abstrak pada huruf Q bermaksud penampilan mengikut fesyen or trend masa kini.. Tulisan Muslimah berwarna merah bermaksud berani dan mempunyai jati diri yang tinggi.. Tulisan muslimah berada dalam lingkungan Q bermaksud muslimah bergaya namun masih lagi mematuhi batas-batas agama..
Logo FHN Secrets
Admin memilih nama Falah Healthy Natural Secrets yang bermaksud 'Rahsia Kejayaan Sihat Semula Jadi'.. FHN adalah pangkal nama admin suami isteri.. Warna tulisan yang bertona hijau disebelah atas membawa maksud sihat bertenaga.. Manakala tona tulisan berwarna jingga pula membawa maksud elemen negatif yang perlu disingkirkan agar kita sentiasa sihat.. Lakaran abstrak berbentuk kelopak bunga mewakili diri wanita.. Yang membawa maksud wanita akan sentiasa tampil bergaya dan menawan seandaiannya sihat luar dan dalam.. Kelopak bunga berwarna pink bermaksud wanita bertambah jelita dengan mengamalkan produk keluaran D'Herbs..